Sekapur Sireh

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan sebagai pembuka kata...Ucapan terima kasih khas buat teman-teman yang sudi meluangkan masa singgah di Pondok Nur Salam yang ala kadar ini..Lahirnya Pondok Nur Salam kerana nak berkongsi minat dan memori mengenai koleksi warisan nenek-nenek kita yang sebahagiannya mungkin menpunyai KENANGAN YANG TERINDAH buat kita semua....

January 22, 2010

Teko Montok Wild Roses


 Teko montok Rose Halus ini adalah di antara teko yang terawal dalam koleksi Nur...setakat ni Nur cuma ada teko,piring bujur kecil and pinggan makan..Ingin nak lihat cawan yang ada bunga ni..Tempohari ada terjumpa beberapa keping  piring sambal sederhana berbiku biku gold kat tepi ..cantik juga tapi terlupa lak nak beli ..Teko ni For Display Only...


Piring Bujur Size 5.8" by 8"....
 Bunga Rose Halus kat pinggan makan ni memang sama dan cap mohor pun memang Made In China..tapi berkilat kilat macam kena cop..walau apa apa pun boleh jadi penambah koleksi gak..
Teko,Sugar bowl,Gravy Bowl and Bekas Creamer ni dapat dari rumah Mil..Tak tau dah berapa lama duduk dalam almari usang kat bawah rumah..Makcik cakap dah banyak di buang kat jalan besar lepas air bah dulu...Selain teko takde penutup,ada berapa piring Johnson Brothers dan piring J.G Meakin yang belum di cuci...ni ajelah saki baki yang ada..
Gravy Bowl J.G Meakin...Kerabat dia entah ke mana...
Teko Putih With Gold Lining....
Bekas Gula
Teko Bunga Kuning macam bunga raya pun ada..macam kekwa ada jugak ...cantik tapi tak ada penutup...
Selamat Minoem.....pun tanpa penutup ..Hari tu Yatt ada buat entri Teko Kotak tertulis Selamat Minoem..maybe design pun sama...Kalau sekarang,ejaan ni dah tak relevan lagi..He..He.

No comments:

Post a Comment