Sekapur Sireh

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan sebagai pembuka kata...Ucapan terima kasih khas buat teman-teman yang sudi meluangkan masa singgah di Pondok Nur Salam yang ala kadar ini..Lahirnya Pondok Nur Salam kerana nak berkongsi minat dan memori mengenai koleksi warisan nenek-nenek kita yang sebahagiannya mungkin menpunyai KENANGAN YANG TERINDAH buat kita semua....

January 8, 2011

Teko Bunga Teratai

Salam kepada teman yang sama berkongsi minat ,tak terasa dah seminggu  kita memasuki Tahun 2011..untuk  entry pertama pada tahun 2011 ni, Nur nak share beberapa item yang lama di simpan dan belum sempat nak upload..

 Teko Bunga Teratai ni dah lama dapat dan patah sedikit kat muncung.Penutup teko pun tak tau pulak samada penutup ori teko ni ke bukan..nak tunggu kerabat dia tapi tak pernah jumpa..
Semalam pegi kedai runcit lama kat pinggir kampung,masuk sampai jauh ke dalam kedai.ternampak tiga pinggan sederhana Bunga Teratai ni dah tebal berdebu.so apa lagi,tak banyak bicara,ambil bawa ke kaunter dan terus bayar..berkilat kilat lepas di cuci..


Teko Elektrik Bunga Ros Pink / Coklat..Made In Japan..sekarang dah takde teko jenis ni,yang ada sekarang elektrik jug dari Panasonic,Elba dan macam2 lagi..pernah tenguk kat blog lain,ada yg jual teko ni 
Ada dua kuntum ros di hadapan teko dan sekuntum di sebelah nya..Bunga yang hampir sama,so di ganding pulak dengan piring kerawang..cantik ..
Piring kerawang ni ada 3 keping..peninggalan arwah nenek..
Pinggan makan ni made in japan,sumbing di tepinya..ehsan dari amoi PML tempat Nur selalu berbelanja..saja Nur nak kongsi apa yang ada..






No comments:

Post a Comment