Sekapur Sireh

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan sebagai pembuka kata...Ucapan terima kasih khas buat teman-teman yang sudi meluangkan masa singgah di Pondok Nur Salam yang ala kadar ini..Lahirnya Pondok Nur Salam kerana nak berkongsi minat dan memori mengenai koleksi warisan nenek-nenek kita yang sebahagiannya mungkin menpunyai KENANGAN YANG TERINDAH buat kita semua....

January 6, 2010

Geisha In A Cup Or Buluh Emas


Salam semua...hari ini Nur sungguh happy sebab buluh emas,buluh perindu yang Nur tunggu dah tiba jua akhirnya.Ramai yang dah ada set ni dan memang minat juga tengok buluh emas ni..Like Saidah kata bukan Buluh Emas yang kena ban tu ye...Buluh emas ni Nur dapat dari seorang teman di alam maya ni jugak...so thank you very much..

Bila dengar Buluh Emas,Nur tak perasan rupanya ada beberapa jenis  Buluh Emas ni....Teko Buluh Emas dua biji tu peninggalan arwah nenek dulu..memang diguna pakai harian.


Cawan mulut lebar ni tanpa piring so kena carilah pasangan untuk dia ni..Dalam cawan pulak ada gambar wanita so ada yang cakap ni cawan emas Geisha..betul ke ni sejarah dia..




Teko Buluh Emas Sedang Dan Teko Buluh Emas Mini....Teko mini tu pulak ada sumbing sedikit kat muncung..


Sekarang ni nak pergi hunting cari bekas gula ,piring dan kerabatnya..

No comments:

Post a Comment